Sunday, September 27, 2009

MOHON MURAH REZEKI TIDAK DISANGKA ~~AYAT 1000 DINAR~~

" Dan siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan jalan keluar baginya. Dan Dia mendatangkan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka(tidak dijangkakan). Dan siapa yang berserah diri sepenuhnya (bertawakkal) kepada Allah, maka ia berada dalam jaminan Nya ( dicukupkan keperluannya oleh Allah). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan Nya, dan sesungguhnya Allah menjadikan bagi tiap-tiap sesuatu itu ada ukuran(nya)"

(Surah at-Talaq:2-3)

Wednesday, September 16, 2009

~TAHAJJUD CINTA~

Assalamualaikum...
Baru-baru ni saya terdengar lagu terbaru SITI NURHALIZA...bukan lagu pop, lagu balada yang tangkap leleh pun bukan dan bukan jugak lagu raya walaupun raya bakal menjelma ni..tapi lagu yang berunsurkan KEROHANIAAN dan ketuhanan..lagu-lagu keagamaan..ne album first dia pasal lagu-lagu kerohaniaan.Bila terdengar salah sebuah lagu dia yang berjudul Tahajjud Cinta..Ya Allah..syahdunya..rasa diri ini kerdil sangat di sisi Allah..amat menyentuh perasaan.Bukan kerana berkisarkan cinta kepada manusia tetapi kepada Cinta Yang Maha Esa...
"Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga"

ini lah selama di cari..selepas itu,terdengar dan download pula lagu berjudul Pintu Rindu...lagu ini bagi saya yang betul-betul mendekatkan saya pada Ilahi..

"Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia"..


itulah bibit-bibit lirik yang menyentuh hati ini.. mungkin kerana ia berkait dengan diriku? apa yang saya leh puji pasal album ni..ada lagu Asma Ul Husna jugak..tapi versi siti..sedap jugak didengar versi tu..tapi sebenar-benarnya yang paling sedap didengari Asma Ul Husna yang dipasang di dalam kuliah Isdev.Pikir-pikir jugak perlu ke Asma Ul Husna versi siti di alun-alunkan di dalam kelas???mungkin tak sama sekali..sebab versi siti sangat susah untuk di ikut-ikut.Cukup la Asma Ul Husna yang selalu kita ikut selalu itu...itu pun dah cukup menggementarkan hati kecil ini...Album ni juga de lagu Selawat Nabi..itu pun sedap di dengar dan di ikuti..malah lagu Ya Rasulullah pun didendangkan..betapa sebenarnya diri ini mendambakan dapat ketemu dan melihat Nabi junjungan kita...Di sini saya bukanlah nak promote album ne cuma nak berkongsi sedikit apa yang saya dengar dan ikuti..malah elok juga kita dengar lagu-lagu kerohaniaan seperti ini sebagai salah satu penyucian jiwa dan rohani kita..waallahualam

Monday, September 14, 2009

~WAKTU MUSTAJAB UNTUK KITA BERDOA & MEMINTA KEPADA ALLAH SWT~

Selain usaha dan tawakal, DOA ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1) Semasa Lailatul-Qadar.
2) Ketika hujan turun.
3) Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5) Di tengah malam.
6) Di antara azan dan iqamah.
7) Ketika sujud dalam solat.
8) Ketika iktidal akhir dalam solat.
9) Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12) Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Friday, September 11, 2009

Part 3-~~Atasi tekanan dengan bercakap pada diri anda sendiri~~

Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya
Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya bersabar.
Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-NYa.
Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.
Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah.
Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tidak boleh menyerah kalah.
Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah:

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan."
Janji yang tidak pernah dimungkiri Allah....

##Inilah kehidupan sebenar manusia..watpe nak sakit-sakit kepala fikir masalah yang datang..Tuhan cuma mahu menguji kita sedikit je..bukan banyak pun lagi..jadi sentiasalah bersyukur wahai manusia..percayalah..setiap apa yang di uji oleh kita itu, pasti ada ganjaran dan hikmah di sebaliknya...mungkin untuk mengajar kita menjadi manusia yang lagi baik, matang dan mungkin sebaliknya.....Waallahualam
#ada 2 part lagi....nantikan..tunggu......

Tuesday, September 8, 2009

~~Wanita~~

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Monday, September 7, 2009

~Atasi TEKANAN dengan bercakap pada diri anda sendirI~ PART 2

Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus ku jalani.
Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara.
Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuhku serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.
Apabila nasi sudah menjadi bubur, AKU HARUS MENCARI AYAM,KACANG,BAWANG GORENG DAN SAMBAL, agar bubur ayamku istimewa tetap dapat aku nikmati...
~~~~~~Ini bukan untuk menduga iman orang berpuasa yang membaca tips ini ;)~~~~~~~

Saturday, September 5, 2009

~Atasi TEKANAN dengan bercakap pada diri anda sendiri~

HIDUP PENUH CABARAN.Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram, kelam dan serba jerebu.Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan....ANDA DI DALAM SITUASI INI???????Harap-harap bukan untuk memikirkan tajuk disertasi, proposal, asignment yang berlambak-lambak sekarang;). Tapi jika anda masih juga dalam situasi ini ataupun menghadapi dugaan yang paling besar, saya ada titipkan beberapa tip untuk menghadapi tekanan iaitu dengan cara anda berkomunikasi dengan diri anda sendiri(Bukan cakap sorang2 di khalayak ramai..nanti di pikir lain pulak :)Bercakaplah dengan diri anda.Mulakan dengan..........

1) Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apapun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikthiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada ALLAH Yang Maha Tahu,yang terbaik bagiku. Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut ALLAH s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri. Pengetahuanku mengenai diriku atas apapun amat terbatas sedangkan pengetahuan ALLAH menyelimuti segalanya. Sekali lagi betapapun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku......

Ini adalah salah 1 tip yang dapat saya berikan buat masa ini. Insyallah di kemudian hari tip yang lain akan saya beri..wslm