Sunday, August 22, 2010

Keadaan mula genting

Baru teringat untuk mengaktifkan blog ini. Semakin hari semakin lupa kewujudan blog tercinta ini. Sayang juga blog ni sebenarnya cuma tak pandai nak tunjuk sahaja :-) Sekarang...hari semakin suntuk untuk menyiapkan satu disertasi yang lengkap..sekarang bulan puasa dah tak lama lagi bakal menyambut Aidilfitri pula.Perasaan sekarang??mood raya tiada sangat..tak tahu kenapa ada perasaan macam ini.Mungkin perasaan takut memikirkan disertasi yang tak siap-siap lagi. Takut macamana pun kena tempuh juga..kena hadapi juga. Waktu sekarang hanya berserah kepada Allah sahaja. Semoga dipermudahkan segala urusanku.Harap-harap diberi kekuatan dan rasa semangat yang berkobar-kobar untuk siapkan disertasi. Minta jauh-jauh perasaan malas hadir dalam diri. Semoga Allah memberi diri ini kekuatan dan dipermudahkan semuanya..amin.