Thursday, November 11, 2010

ALHAMDULILAH


Tanggal 11/11/2010 jam 1.30. Mendapat khabar berita yang anis mendapat 5A dalam UPSR.TAHNIAH!!!! Terkejut sebab selama ni tak pernah lagi dalam family termasuk empunya diri dan adik-adik yang lain yang dapat 5A.Ini dinamakan sejarah keluarga he3. Jadi ini merupakan kejutan yang kecil sahaja tapi amat berharga. Terima Kasih Ya Allah swt kerana kau telah memberi kejayaan kepada adik ku ini walaupun ini baru permulaan bagi hidupnya. Semoga Allah memberkati kejayaannya ini. Semoga dia menjadi kebanggaan keluarga.Dalam masa yang sama, dia dapat menjadi insan yang solehah tidak lupa pada ajaran agama dan asal usulnya.

PHD @ K.E.R.J.A ??

Alhamdulilah kita diberikan ruang untuk bernafas di atas muka bumi Allah swt ini. Mungkin ini yang berlegar-legar dalam kepala pelajar-pelajar Master yang hampir kepada penghujungnya. Selepas master PHD pula?????Hmmmmmmm susah untuk membuat keputusan juga.Bukan tidak berminat untuk menyambung belajar tapi pelbagai perkara yang perlu difikir dan dipertimbangkan untuk menyambung pelajaran.Tak minat untuk belajar lagi??Itu bukan jawapannya.Minat yang mendalam dalam mempelajari ilmu masih tinggi tetapi banyak perkara perlu dipertimbangkan.Sekarang rakan-rakan banyak yang tengah berusaha mencari pekerjaan dengan menghantar resume kepada pihak-pihak tertentu termasuk empunya diri ini juga. Semua ini memerlukan pengorbanan. Hati meronta-ronta untuk bekerja mencari rezeki dari titik peluh sendiri dan membantu keluarga. Hati berasa ingin menjadi orang berkerjaya pulak hehehe. InsyaAllah, Allah akan permudahkan semua urusan ini. Jika dengan bekerja akan menjadikan kita manusia yang lagi baik. InsyaAllah ada lah rezeki tu. Jika menyambung pelajaran mengubah kita menjadi manusia yang lagi baik juga, InsyaAllah ada rezekinya juga. Apapun sebagai manusia biasa, kita perlu banyak berdoa dan terus berdoa untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Redha & Tawakal segala ketentuanNya.Amin