Saturday, November 14, 2009

~JanGan Kerana TUAH~

Bila seseorang itu berjaya, "Emm..dah tuah dia". Tapi tahukah kita bahawa kita tidak boleh menganggapkannya sebagai tuah semata-mata dan menganggap kejayaan yang dicapai disebabkan tuah yang datang bergolek atau kerana TAKDIR anda bertuah hari itu.
Jika kepercayaan ini dipegang, bimbang jika menjurus kepada tahyul dan percaya kepada kuasa, selain diri sendiri dan kuasa ALLAH swt.
Firman Allah yang bermaksud;
"Sesunggunya Allah akan membela orang-orang yang beriman, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang khianat lagi tidak bersyukur" Al-Haj 38
Oleh itu, usahlah kita bergantung pada nasib atau tuah semata-mata sebaliknya kita berdoalah kepada Allah agar murahkan rezeki untuk kita. Ingatlah bahawa Allah itu adalah penolong kaum Mukmin dan tidak ada satu kuasa pun yang akan dapat mengalahkan Nya.
Jika Allah menolong kamu ( mencapai kemenangan) maka tidak ada (sesipa pun) yang akan dapat mengalahkan kamu, dan jika Ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah) kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal (berserah diri). Al-Imran 60
Melihat kepada nas-nas ini, yakinlah bahawa kita harus berusaha untuk mencapai sesutu kejayaan dan Allah yang akan menentukannya. SELEPAS BERUSAHA YANG TERBAIK, BERTAWAKAL LAH.....

No comments:

Post a Comment