Wednesday, September 16, 2009

~TAHAJJUD CINTA~

Assalamualaikum...
Baru-baru ni saya terdengar lagu terbaru SITI NURHALIZA...bukan lagu pop, lagu balada yang tangkap leleh pun bukan dan bukan jugak lagu raya walaupun raya bakal menjelma ni..tapi lagu yang berunsurkan KEROHANIAAN dan ketuhanan..lagu-lagu keagamaan..ne album first dia pasal lagu-lagu kerohaniaan.Bila terdengar salah sebuah lagu dia yang berjudul Tahajjud Cinta..Ya Allah..syahdunya..rasa diri ini kerdil sangat di sisi Allah..amat menyentuh perasaan.Bukan kerana berkisarkan cinta kepada manusia tetapi kepada Cinta Yang Maha Esa...
"Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga"

ini lah selama di cari..selepas itu,terdengar dan download pula lagu berjudul Pintu Rindu...lagu ini bagi saya yang betul-betul mendekatkan saya pada Ilahi..

"Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia"..


itulah bibit-bibit lirik yang menyentuh hati ini.. mungkin kerana ia berkait dengan diriku? apa yang saya leh puji pasal album ni..ada lagu Asma Ul Husna jugak..tapi versi siti..sedap jugak didengar versi tu..tapi sebenar-benarnya yang paling sedap didengari Asma Ul Husna yang dipasang di dalam kuliah Isdev.Pikir-pikir jugak perlu ke Asma Ul Husna versi siti di alun-alunkan di dalam kelas???mungkin tak sama sekali..sebab versi siti sangat susah untuk di ikut-ikut.Cukup la Asma Ul Husna yang selalu kita ikut selalu itu...itu pun dah cukup menggementarkan hati kecil ini...Album ni juga de lagu Selawat Nabi..itu pun sedap di dengar dan di ikuti..malah lagu Ya Rasulullah pun didendangkan..betapa sebenarnya diri ini mendambakan dapat ketemu dan melihat Nabi junjungan kita...Di sini saya bukanlah nak promote album ne cuma nak berkongsi sedikit apa yang saya dengar dan ikuti..malah elok juga kita dengar lagu-lagu kerohaniaan seperti ini sebagai salah satu penyucian jiwa dan rohani kita..waallahualam

No comments:

Post a Comment